Crying face Pictures, Images and PhotosWelcome to blog SYEERA's blog .

Thursday, September 5, 2013

.

Assalamualaikum korang.

Korang semua ni sihat tak? Harap korang sihat seperti sediakala lah okay. Syera pun alhamdulilah sihat. Sebenarnya syera sesaja singgah blog ni, kesian kat blog ni kekejap update kekejap tak. Nak kata syera ni busy takda lah busy mana. Belum sambung belajar lagi kan. So takda lah busy macam korang korang sekarang ni. Belum lagi masuk balik ke life student. Tapi syera bukan duduk rumah goyang kaki okay. Syera kerja. Kerja kat mana? Haa, kerja dengan abang ipar dan juga akak syera. Sekarang syera jadi kerani kat sini. Seriously susah okay kerja ni, betul orang cakap kerja cari rezeki ni memang susah. Lagipun syera kerja ni nak cari duit nak sambung belajar. Taknak susahkan mama dan juga baba sangat sebab syera yang nak belajar kan. Hahahahaha. Boring k kerja ni. Entah lah mungkin bukan jiwa syera nak kerja ni kot. Rasanya duduk rumah jadi surirumah lagi best kot. Tapi... Pikir balik tak boleh juga sebab syera ni gila shopping. Setiap bulan wajib beli bebarang syera. So, karang kalau syera tak kerja takkan nak mintak bakal suami syera duit je pula kan. Kot bakal suami nanti baik hati, pemurah memang dia bagi duit belanja setiap bulan pergi shopping tu ha boleh tak kerja. Hahahhahaha. Okay dah jauh menyimpang syera cerita ni. Okay act, syera nak cerita kat korang syera dah masuk 7 bulan 4 hari dengan alep. Kejap je masa berlalu. Tapi masih panjang lagi perjalanan syera dengan dia. Sebab lepasni syera dah nak sambung belajar. So kena tunggu lagi 3 tahun lagi nak tamat kan zaman bujang. Ehh? Hihi. Sebenarnya, syera nak halalkan hubungan syera dengan alep ni secepat mungkin. Yelah, mana taknya manjang nak berjumpa je.Okay, ZON BAHAYA!!!!!  Syera ada juga lah cakap dekat mama syera yang syera nak nikah awal. Nak tau mama jawab apa? Lepas habis study baru boleh. Hmm. Okay :'(  Eh, korang jangan salah anggap syera gatal kepe kan. Tapi syera nak lepas dari segala maksiat ni. Kalau syera dah nikah jadi syera dah jauh dari semua tu tau. So baba dengan mama dah tak payah risau dah. Sebab syera dah terlepas dari semua tu. Betul tak? Hihi.. Tapi.. Syera ni sibuk je nak nikah awal lah apalah. Sudahkah si dia cukup wang nak masuk minang? Kikikii. So memang kena tunggu juga lah. Dan syera masih dalam ZON BAHAYA!!!  Okay, memang syera masih muda lagi dalam soal ni. Tapi tak salahkan kita nak buat benda baik dan ke jalan Allah. Papepun kalau jodoh syera awal, Allah akan permudahkan segalanya kan? InsyaAllah. Kalau kita niat nak nikah tu kerana Allah insyaAllah kita dapat jalanNya. Jadi korang pun tolong lah doakan ye. Kalau benar dia jodoh syera dan terbaik buat syera segalanya dipermudahkan. Amin amin. :')