Crying face Pictures, Images and PhotosWelcome to blog SYEERA's blog .

Monday, October 14, 2013

Part 2

Assalamualaikum.
Haritu syera ada cakap nak post lagi kan. So today syera nak cerita masa syera form 3 dan Alif form 6. So moh kita imbas kembali nostalgia dahulu kala. Hihi. Okay, act syera dengan Alif dah kenal lama tapi bila dia form 6 baru kenal mendalam lagi la. Cehh.. Mendalam ke? Takda mendalam mana pun. Haha. Disebabkan masatu dia duduk rumah belakang tu jadi bermula titik permulaan syera dengan alif. 1st time dia tegur syera masatu dekat kedai, masatu kat kedai dia dengan kenkawan dia duduk lepak kat kedai taman syera tu kan. Dia cakap cani kat syera "Weh, kau adik ibal kan? Ibal mana?". Syera jawab la ibal kat U masatu. Pastu syera masatu meses-meses dengan angah. Budak taman syera la angah ni, then masatu dia baik dengan Alif, angah cakap kat syera yang Alif ni nak no syera. Masatu syera cakap dekat angah bagi je la no syera kat dia sebab jiran lama kan. So start dari haritu syera meses dia dan bermula kisah "cinta monyet". Hahaha. Syera ingat lagi 01/07/2010 tarikh syera dengan dia kenkonon menyulam cinta. Kekonon lah, act masatu syera pun tak matang baru form3 kot. Orang kata cinta monyet je. Masa ni syera dengan dia tak sesweet sekarang. Dulu nak contact pun jarang tau. Haha. Lepastu ada la sebab tertentu buat kitaorang break. Masatu Alif mintak break kat syera masa birthday syera. Hadiah untuk syera break dengan Alif 11/04/2011. Tapi dia cakap kat syera dia nak kitaorang kawan macam biasa. Syera pun okay je masatu terima keputusan dia. Takda rasa apapun la masatu. Biasa je. Lepastu kita contact as a friend je la. Bila ingat balik semua ni buat syera senyum sesorang bila imbas kembali kenangan lama ni. Hihi. Okay ni cerita masa syera dengan dia kekonon mula menyulam cerita.

Now....
Syera nak cerita, cerita kelakar la juga masa syera dengan dia. Masatu bulan puasa tahun 2010 kitaorang nak pergi bazaar nak naik kereta confirm sesak. So kitaorang decide merempit jela masatu. Dekat je pun bazaar kat area senawang tu. Okay.. Ni part lawak. Masa tu traffic light dan masa tu tengah warna merah. Okay, Alif menyelit ah antara kereta ni nak ke depan kan. Sekali GEDEGANG! Langgar side mirror kereta orang. Haha. Masatu muka dia cuak gila. Pastuh kitaorang pun lari la tak ikut jalan situ takot kena kejar punya la laju dia bawa motor masatu takot orang tu kejar. Dah lepas dari semua dia cakap kat syera, syera tolong jangan bagitau mama syera tau. Nanti Alif dah tak dapat keluar dengan syera lagi. Syera pun ye je lah. Tapi cerita juga kat mama syera. Hihi. Sebab syera dah terbiasa apa syera buat, syera keluar dengan siapa ke semua syera cerita kat mama. Kira mama syera ni macam kawan baik syera la. Okay dah lari topik.. Hihi.

Syera ingat lagi dulu syera belum pakai tudung. Dia cakap dengan syera, syera sayang baba tak? Kalau syera sayang baba syera tutup la aurat. Sebab selangkah syera keluar dari rumah tanpa tutup aurat selangkah la baba ke pintu neraka. Dan masatu syera pikir la sejenak. Pikir punya pikir punya pikir sampai mimpi ada suruh tutup aurat dan syera mula la berhijab masa 2011. Terima kasih kat Alif sebab selalu nasihat syera sampai syera sedar. :') Ikutkan masa syera dengan alif ni la dia banyak tegur syera, pakaian syera semua dia tegur. InsyaAllah apa alep pesan syera akan sentiasa ingat.  Okay now kita beralih ke topik lain.


Haa, ni Alif buat untuk syera. Hihi. Sweet kan? Tak sangka dia yang dah berumur 21 dan dia seorang lelaki buat cani. Terharu syera. :') Selalu perempuan je buat cani tapi ni lelaki buat. Haa, beruntung kan syera. Tapi semua tinggal kenangan.  Kenangan terindah syera dengan dia.
So yang bawah ni janji janji Alif kat syera. Tapi janji tu semua dah terlerai dah. Bila syera baca balik ni tetiba airmata mengalir balik. Teringat kat dia. T.T




Syera taktau kenapa bila syera dengan dia syera rasa selesa sangat sebab dia boleh jadi kawan syera, boleh jadi teman hidup syera, boleh jadi semua la. So takda la syera nak tercover cover ayu ni semua sebab dia pun jenis selamba je. Haha. Tapi Alif kan kalau kitaorang nak keluar mesti dia nak syera dah siap baru dia nak siap sebab dia kata syera siap lambat gila. Dia cakap siap lelama buat apa? Bukan jumpa anak dato' pun. Haha. Syera rasa syera siap awal je tak rasa lama pun. Disebabkan sebelum dia pernah kena syera siap lambat dia balas balik kat syera. Tengok status bbm dia ni. Ya Allah masatu geram gila dengan dia. Lama gegila tunggu dia. Berapi kot rasa macam nak cancel je keluar masatu. Hihi.


                              Kalau syera tak sihat syera mesti alif bagi pesanan cani...

Dah takda dah orang nak pesan kat syera macamtu lagi. Dia je yang selalu caring terlebih ni. Hihi. 

Lepastu, alif ni dia suka kenakan syera tau. Masatu syera ingatkan dia bukakan pintu kereta untuk syera. Masatu dah berbunga la hati ni tak pernah-pernah dia buat macamtu. Syera cakap la thanks, so sweet. Sekali dia gelak besar dia cakap ehh, orang buka pintu kereta ni untuk diri sendiri bukan untuk syera. Nak suruh syera drive. Okay me terkena. Sepanjang perjalanan tu dia gelak tak henti. EE.. Geramnya masatu. Hihi. Tapi buat syera tersenyum je dengan gelagat dia. Dia memang selalu sangat kenakan syera, syera cakap la haritu kalini syera takkan terkena. Then tengok dia cakap apa...

Rindunyaa semua tu. Rindu sesangat. :') Al Fatihah buat awak. Syera akan update for the next post ye. 



Tuesday, October 8, 2013

Semoga engkau tergolong dalam orang yang beriman. Al Fatihah. Hanya tinggal kenangan.

Assalamualaikum w.b.t.
Dah 4 hari arwah Muhammad Alif Izwan pergi meninggalkan kita semua. Syera harap dia tergolong dalam orang yang beriman. Amin. Awak tolong sedekahkan Al Fatihah buat dia ye. Takda apa dia nak dekat kita semua dia cuma mahukan kita semua selalu doakan untuk dia. Cukup rindu syera dengan dia, sangat-sangat rindu. Dah takda orang nak menyakat syera lepasni. Dia kalau tak nyakat syera sehari tak sah tau mesti punya nak menyakat. Rindunyaaaaaaaaaaa... Mungkin tiada jodoh kita disini mungkin jodoh kita di atas sana. InsyaAllah. Last syera jumpa dia khamis lepas dalam 26/09/2013. Tu kali terakhir syera jumpa dia. Tapi masa kali terakhir dia jumpa syera tu dia lain sangat. Lain sangat sangat. Macam sweet sangat la. Tak pernah dia buat macamtu. Masatu dia ajak syera makan kat area dataran tu kat area ada rumput tu. Kekonon macam picnik la. Tapi masatu malam. Dalam pukul 9 lebih kitaorang kat situ. Ramai la orang tapi peduli apa kitaorang tak kacau orang kan. Masatu la dia pelik sesangat dia siap angkat SUMPAH kat syera tau cani ayat dia "saya Muhammad Alif Izwan Bin Abas berjanji dan bersumpah takkan curang dan akan sentiasa mencintai dan menyayangi Nurhasyimah Syahirah Binti Abu Bakar". Sweetnya masatu dia. Tak pernah dia macamtu. Okay borak punya borak dah pukul 11. Mama syera dah bising suruh balik sebelum 11.30 kalau kitaorang balik selepas 11.30 syera dah tak boleh keluar lagi dah. Nasib baik dekat je masatu sebelum 11.30 kitaorang sampai rumah. Masih terdengar suara dia cakap cani kat syera. :') Lepastu dia ada bagi meses lepas balik jumpa dia cakap cani "bila la lagi kita dapat jumpa kan? Mama dah marah tu lambat lagi la kita jumpa".  Memang tu kali terakhir kitaorang jumpa syera tak sangka sangat. Pastuh sebelum dia pergi dia cakap nak jumpa syera ada hal penting sangat sangat. Syera pun tanya la apa hal pentingnya? Dia cakap nanti kita bincang ye pesal dia dengan kawan dia' abang emy' nak buat bisnes nak guna nama syera. Kira macamtu la, syera pun okay jela dia dah cakap macamtu. Tapi tak sempat jumpa, dia dah pergi tinggalkan syera. Bulan depan birthday Alif, syera dah planning nak buat suprise birthday untuk dia. Nak kenakan dia selalu dia kenakan syera, kali ni syera nak kenakan dia. Tapi.. Tak sempat semua tu. Allah lebih sayangkan dia. Saya takkan lupa doa untuk awak tau. Takkan berhenti doakan untuk awak sampai akhir hayat syera. InsyaAllah.

                   Ni last status bbm dia sebelum dia pergi tinggalkan syera.



Ni baru lagi dia buat status ni. Buat syera terharu je dengan ayat dia. Lepasni takda la ayat sweet kepe dari dia. Lepastu dia pernah cakap muka syera sama macam nora danish bila nora danish pakai tudung. Dia cakap sepupu dia jeles muka syera macam nora danish. Haha. Saja nak buat syera perasan kejap dia tu.


Banyak dia cakap kat syera nak nikah dengan syera la. Syera ni bakal tunang dia la cuba korang tengok ni.



:') Dia selalu cakap cani selalu sangat. Nak nikah la apa la. Lepastu dia paling takot syera sambung study sebab dia takot syera sangkut kat orang lain. Dia takot sesangat. Dia juga pernah cakap kat syera takkan ada yang pisahkan kita kecuali takdir. See? Meleleh air mata bila ingat balik dia cakap ni T.T Setiap kali dia keluar ke ada kerja ke pape je ah kira nak stop bbm kejap ke apa kan syera selalu pesan JANGAN CURANG!! JANGAN CURANG!!


 Ayat atas ni sama sikit dengan ayat kali terakhir dia jumpa syera lebih kurang cani la tapi dia angkat tangan dia siap bersumpah lagi. Terharu sangat masatu.




Okay ayat yang atas ni syera tuduh dia cakap dia dah bosan dengan syera semua. Kesian dia penat pujuk syera. Kekejap nak merajuk je kan tapi dia cakap dia suka syera merajuk sebab masatu la dia nak sweet sweet. :') Tapi sikit pun dia tak giveup dengan syera even syera cakap memacam kat dia. Sebenarnya syera nak uji dia. Dia sayang syera tak sebab tu syera selalu sangat cari pasal dengan dia. Tapi syera kalau dengan dia merajuk tak lama pun. Kejap je. Kejap sesangat sebab apa tau sebab dia pandai tukar topik. Sampai syera lupa syera merajuk. Sampai dia cakap "haa, dah tak majuk ennnnn?" Lelagi kalau keluar then syera merajuk ada je dia nak buat lawak sampai syera tak boleh nak tahan gelak tu. Mesti tak jadi ah merajuk tu.
Dia kalau syera merajuk mesti dia nak jumpa sebab dia tau syera mesti tersenyum lepas jumpa dia. Padahal dia tak cakap apa lagi pun. Syera dah tersenyum senyum. Pastuh bebuat serious balik muka tu. Lagi satu syera ni perangai pelik sikit. Kalau dah lama sikit tak jumpa ada la syera nak pikir bebukan dengan dia. Dia cakap dia dah paham sangat dengan perangai syera. Ada perempuan lain la, tula ni la. Ada je nak tuduh dia. Kesian dia. Jahat betul syera ni! Yahsyewwww yeee tu kan. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan syera dan juga dia. Banyak sangat kenangan banyak sesangat. Dari kecik sampai besar ni ha. Syera ingat lagi dia pernah suruh syera belajar berdikari sebab nanti cane nak kawin dia cakap semua benda nak suruh mama buatkan. Takkan dah kawin nanti pun nak mama tolong buatkan semua. Tapi syera selalu cakap syera anak raja mana boleh buat kerja ni semua saja nak nyakat dia pula. Dia cakap cani...

                               
                      Yang ayat bawah ni ayat bila tengah baik. Ayat nak sweet sweet.

Dia sweet kan? Sweet sesangat sentiasa buat syera cair je dengan ayat ayat dia ni. Awak awak.. Takkan ada siapa dapat ganti tempat awak dalam hati syera ni tau. Walaupun awak takda tapi syera tau awak ada dalam hati syera sentiasa dalam hati syera kan? Awak pernah cakap macamtu juga kan kat syera? :') Syera sunyi sesangat awak. Sunyi sesangat sangat sebab selalu awak ada je dengan syera. Kali ni awak pergi tinggalkan syera buat selama lamanya. Papepun syera kena redha dengan ujian Allah ni. Syera kena bangun balik, syera kena kuat! Selalu pape ujian kita tempuh sesama kan awak? Tapi kali ni syera tempuh sesorang. :') Setiap yang berlaku ada hikmah kan? Syera terima semua ni walaupun perit pedih nak terima tapi kena tetap terima. Sampai bila syera nak nangis, sedih semua ni kan? Kesian kat dia. Terseksa dia kat sana nanti. Papepun syera kena teruskan hidup syera. Awak jangan risau awak, doa syera untuk awak takkan putus. Awak sentiasa dalam hati syera. :') Terima kasih awak selama awak dengan syera, syera bahagia sesangat. Haritu baru je awak cerita nak nikah lepastu nak anak sampai 11 orang nak buat team bola. Kelakar bila syera ingat balik. Awak punya ayat selalu buat syera senyum sesorang tau. Ada je nak buat lawak kan. Papepun syera harap awak tenang kat sana ya. InsyaAllah kita akan jumpa disana kelak. :') Okay syera akan sambung cerita untuk next post ye. Assalamualaikum.