Crying face Pictures, Images and PhotosWelcome to blog SYEERA's blog .

Saturday, November 3, 2012

Karangan Pembuangan Bayi- SPM


Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita akan tercalar. Jadi, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal pasti sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncinng.

Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.

Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini merupakan pemangkin gejala ini.

Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.

Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlulah diambil demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.

Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara kita.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini yang diesebabkan oleh banyak faktor mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.

Sunday, October 28, 2012

Love

For those who are skeptical about love, love doesn't come up wrapped, already made. Love works for all those who work at it. It needs a twosome for it to work out. Love is something that makes happy things happier. It is a language just for two, spoken in a world just for two, as time stands still-just for two. To share love with someone is to know the fullest meaning of what happiness can be. Love knows no bound, and we sometimes loose our grasp with reality when we're in love.  Unfortunately, love can make you and it can also break you.Once we feel love, we find no way to control its selfish desires even if it means hurting the one closest person to you.  There are no guarantees when it comes to love. Love is like that, we don't control it, we can only deny or accept it when it's there and the only way we can measure love  is by looking deep down inside our hearts, then we'll know how much and for how long.
Most of us have the ideal concept of what a perfect relationship is and when we dive towards this relationship, we get frustrated because our expectations may never be met. But true love doesn't expect anything in return. If we only try to be open-minded and understand that we give love not to gain favor but it is something we share to someone special because giving it makes us happy.
It is easy to say "I love you" or "I need you" and other flowery words that will linger to the very core of our hearts, the thing is, can we take the responsibility and commitment for our promises? Why do people say I love you but in reality they don't really understand what is love and how to love.
It is very painful to learn that someone you really love have someone else besides you! They will make you fall in love completely and devotedly but later on they will leave you hangin' and in despair, these are the people who never care at all. I pity those kind of people, they have a serious problem with themselves. All of us at one time in our lives have been hurt by those whom we have loved and trusted, they leave us painfully shattered into pieces, but only when we recognize why love fades away, can we truly understand the reason why we get hurt.
There are times in our lives that we must experience to live in pain, a time when it's hard to forget and it hurts to remember. There is nothing wrong in holding on to the memories of the person we once loved.  They are all part of us. But engaging in a relationship and at the same time living in the past is unfair. Yesterday must never keep us from today's reality. We can never forget those whom we have loved.
Those people that gave us something to feel for and brings us the brilliance within ourselves.  People who made our lives meaningful and special inside and out. A life worth living for. But only when we learn to accept the reasons why they have gone, can we truly put the past where it belongs. Besides,  we did our part, we gave them our best, if they refused it, it is their loss not ours.

You're not the only one to feel disappointed by love. It happens to everyone--all of us--beautiful or not, rich or poor, wise or naive. We all deserve someone, and mysteriously that  certain someone makes him or herself known to us--not always when we need them most but for sure they will be there. Change is the one constant thing in life--there will be a time for love and a time for emptiness. No one is exempted from being left behind, still, no one has to be left behind forever. There's always room for love in your life with an extra bed for the unexpected guest, sure as love comes from the most unexpected places where you are the one to figure out where the heck in the universe are these located! Love comes...love goes, like a journey... Love is like that, full of mystery, full of mischief, that's why when love takes over, miracles can happen especially if  True love prevails... 

Thursday, July 12, 2012

Assalamuailaikumm.
Ha, harinie nak bukak topik pesal tadi aku pergi sekolah dekat labu. Taknak cakap la sekolah apa. Biarla aku saja yg tau. Bhehehe. Cikgu hantar aku dekat situ ada teknik menjawab soalan. Cikgu ambik 4org markah yg tertinggi pergi sekolah sana. Kk, masa masuk je sekolah tu. Dah nampak dah tak bersemangat langsung nak masuk. Sbb sgt la kusam. Macam tak ceria je. Kalau aku sekolah situ mesti aku malas nak sekola dgn bebudak laki yg tak berdisplin. ERRR, nasib baik la bebudak laki sekolah aku tak macamtuh. Hehe. Pastuh aku menujulah masuk ke dewan sekolah tu. K dah daftar semua masuk dalam dewan. Aku macam org gayat nie pandang sekeliling. Tgk kiri penuhi dgn kepala sawit. Tapi.. Suasana sekolah tu diam mungkin jauh dgn kelas kot. Tu diam je. Macam nak ambik exam SPM rasanya tadi. Bhaha. Sunyi sepi yg bunyi hanya kipas. 


Okay, dia ada 2 slot. Slot 1 motivasi diri. Mmg best la. Memacam cara belajar pesal nak tingkatkan diri untuk terus berjaya. :) Sgt la berguna pergi tadi. Ha, dga satu tips nak kongsi nie. Kalau korang rasa ngantok time belaja korang ketuk atas mulut korang. Antara bibir dgn hidung tengah tengah tu. Ha, ketuk situ. Paham tak? Tak paham sila paham paham kan. Lalalalalla. K korang akan rasa mata segar je nt. Pastuh yg paling biasa korang dengar minum air. Korang sentiasa bawak air kemana jua berada ye :) K everything nak share sampai esok pun aku tak habis nak cerita kat sini. Bhaha. 


Okay pukul sepuluh lebih rehat. Makan pagi. Makan nasi lemak. K nasi lemak dia rasa nasi putih. Biasa lettew kalau manusia kalau berniaga takpernah nak ikhlas. Rugi agaknyaa kalau jual nasi lemak bebetol. Bhahaha. After a few minutes later.. Ceh, speaking haram jadah kat sini lak. Bhaha. Pergi toilet. Toilet dia takpayah cakap la kotor pulak. Macamana bebudak sekolah tu boleh hidup toilet macam tu? Haha. Dah makan semua lepak jap kenal dgn bebudak sekolah panchor, kejap je beborak dgn kawan baru. Ahha. Pastuh masuk Slot ke 2. Nie paling aku tgu teknik menjawab soalan. Sgt seronok. Dah bole agak soalan apa yg keluar. Mmg kena hafal bab tu. K aku harap apa yg aku peroleh kat san aku akan menggunakannya sebaik mungkin. Dan share dgn seangkatan aku. Kita sesama belaja sesama memperoleh A+ dlm SPM. Aminn :')

Babai, Assalamuailaikumm.

Wednesday, July 4, 2012

Awak meh sini. Duduk rapat rapat. Dengar kita nak cerita nie. Haa, Harituh 29/06-1/7 aku balik kg. Seperjalanan ke kampung selama2 jam dari seremban ke johor tu kitaorg whole family berhenti dekat R&R Pagoh. Makan kejap. Pastuh sampai je dekay R&R kebanyakan kaum adam pandang aku. Terasa macam cantik pula masatuh. Rupanyaaaa.... Zip seluar jeans aku terbukak. K malu gila. Jalan pastuh tercover cover takut terbukak lagi. Ada yg senyum kambing kat aku. Hei, jgn pndg bole tak? Hampehhh. Cungkil mata kang, errr.




K pastuh sampai kampung.....


Pastuh keesokkan harinyaa pula abg ipa, akak, ajak aku keluar bersamanyaa. Katanya beli buah tembikaai, kejap je. K aku dgnn akak aku pun keluar la tanpa mandi.Aku dgn baju entah pape keluar. Tak mandi lagi kot. Lepastuh tetengok jauh lak perginya sampai ke IOI mall. Hei, malu k. I tak mandi lagi. Dia muka tak malunyaa pergi la masuk ke dlm IOI mall tu. Pakai seluar track kot. Tebal je muka aku. Takperna keluar macam tuh.Malunyaaaaaaa. EE.. Pasnie aku nak mandi awal awal, nt takde la jadi macamtuh. Hahahahaha.


Malam tuh pulak kat kampung ada kenduri.........


Keesokkanyaa pula kitaorg bersiap balik ke rumah. Kitaaorg berhenti R&R ayer keroh. K masa tuh aku masuk je dalam R&R terasa macam princess lak. Bhaha. K perasan. Lalalallaa. Ada la mamat nie duk usha je aku. Haha. K tu bukan ceritanyaa. Aku pergi beli air bersama anak buah aku. Dahla dah tua ada hati nak ngorat aku. Siap cakap kat anak buah aku yg tak paham pape nie. Dia cakap 'dik kim salam kat kakak'. Waklu dia adik aku. Anak buah kot. Pastuh cite kat mama dgn akak org kat situ gatal. Akak suruh cakap cemnie 'nie bukan adik la nie anak'. Aku buat taktau jea. Ahahahaha

Thursday, June 28, 2012

Hei hei. Rasa rindu pulak dgn belog tau. Hihi. K aku tipu. Old post kata nak stop everything. Hai, berjinak balik ha. Haiyooo,ape nie? Cakap lebih je kan. Lalalalalaaa~
K mmg baik gila aku nak cerita nie.1st pesal harituh 3penjuru MIDYEAR. Aku mmg nak mama dtg sbb keputusan aku bagus.Ada A+, kekonon nak bajet lettew kan. Ahaha. Tapi.. Keputusan nie tak sebagus ujian satu.Sbb ujian 1 aku ada 3A. Takde A+ la macam MIDYEAR nie. Hihi. K komen cikgu macam biasa. Aku nie takde masalah disiplin. Cuma kuat beborak, tapi time belaja dia takde beborak la. Tu jea, dia suruh pertingkatkan lagi supaya B yg aku kumpul tu jadi A. K yg tak bestnya sejarah aku failed :( Errr, nangis pun takde guna. Tula usaha aku. Merosakkan markah aku sejarah nie. Masa sejarah aku bukan tgk buku. Aku melukis. Haha. Boring kott. Takbole masuk tol sejarah. Dapat 36%., Terok kan. Dapat kertas dgn muka yg hampa je timetuh. Dalam kelas aku dpt numb 7/42. Dalam tingkatan numb 57/313. Aku tau tak seteror korang.Nie je yg mampu :)


Okay pastuh, 7hb nie aku kena join kem english. Sir pilih 7org dari kelas aku. Dia pilih berdasarkan markah BI and tertinggi dlm kelas, yg lawaknyaa kenapa aku kena join. Group 1 lak tu. Err, aku BI pun harituh terabur.Ikot jea untuk SPM katanyaa. Alhamdulilah terpilih la jugak kalangan form5 nie. Tadi sir panggil nama aku 1st sekali.Japg semua budak lelaki kelas tepuk tgn cakap congrats. Aku buat taktau jea.Pastuh diaorg kena marah dgn sir. Sir cakap cemnie 'nama you takde baik you takpayah bersorak'. Haha. Kesian diaorg, takpela sabar jea ek dgn sir tu.


Ktutup ceritaaaaaaa....


Haha, jum online twitter.Lalaalallaa ~

Tuesday, January 10, 2012

Goodbye

Okay, this year aku Spm. Sangat menakutkan sbb benda nie menentukan masa depan aku. Kalau hancur kputusan aku nie alamatnya jadi surirumah sepenuh masa la aku. Hahaha. Cita-2 yg aku nak capai mmg susah la nak dapat. So, stat from now aku bhenti online FB,  Twitter and also Blog. Maknanya nie terakhir aku post cite aku. Hahha. So aku nak cerita sebanyak yang mungkin harinie. Haha. Bila count bulan aku nak study kan sebenarnya aku mmg tk banyak masa. Tinggal 5bulan je aku dapat belaja dekat sekolah. Sbb banyak sgt cuti. Kena study sendiri la nampaknya.


Homaybodygard,
Bulan 8 aku dah trial SPM. Tklama lagi pun kan. Kejap je tu. Jantung nie bdebar-debar je tgu SPM. Harap aku dapat la straight A. Amin :') Sape tknk straight A kan. Tapi.. Kena usaha la Insya-Allah akan dapat.
Perubahan aku dekat sekola tahun nie aku jadi budak pendiam. Tkde masa nak bermain. Sampai bebudak tegur sekarang aku jadi pendiam. Haha. Pelik lettew tkpernah tgk aku jadi diam kan. Selalu mulut macam bontot ayam. Cakap tkreti nak bhenti. Ahha. Kesian my abg boroi. Kita jarang contact. Tkpe this year je kan. Kau jgn nak mengatal lak weh tau. Hee. Makin tgi la kau. Mcm galah, aku je tk tgi-2. Weh, adib tkpyah tgi sgt la kan. Aku jalan dgn kau macam aku jalan dengan abg aku. Asal la aku nie terbantut. Lupa nak makan calcium. Ahha. Haish, tkpe adib kata pendek-2 comel. Bhahaha c(:


Haha. Banyak yg aku nk cerita nie tapi memandangkan masa selalu cemburu dgn aku. Aku sign out dulu la. Maybe, lepas SPM aku akan update la cerita. Goodbye :')
Assalamualaikum.